Tambah membanggakan Cardiff City apabila ini merupakan perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri selepas 51 tahun.
Itulah antara bualan utama di laman sosial Twitter semalam setelah Cardiff City berjaya membuat kemenangan mengejut di tempat mereka.
Namun, bukan itu sahaja.
Tuan empunya kelab yang juga hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan turut menjadi bahan bualan apabila rata-rata peminat bola sepak serta pelayar Twitter ‘memperkatakan’ gaya fesyen beliau.
Sukar hendak dikatakan sama ada gaya fesyen tersebut satu bahan jenaka atau ‘outdated’.
Atau mungkin selepas ini fesyen tersebut akan menjadi pilihan peminat bola sepak pada masa akan datang?
Semalam, Vincent Tan tampil di khalayak umum dengan berpakaian ‘shirt-business’.
Bercermin mata hitam dan seluar panjang yang diangkat hingga ke pusat, fesyen tersebut mungkin boleh mencetuskan era baru dunia fesyen.
Vincent Tan yang membeli Cardiff City pada 2012 telah membuat keputusan untuk melakukan rombakan secara drastik terhadap pasukan tersebut apabila dia memilih untuk menukar warna jersey serta logo pasukan berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment