Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kes itu masih disiasat darpadai segenap sudut kerana ia bukan saja membabitkan penjawat awam, malah berlaku masalah teknikal ketika kawad cam dijalankan pemilik kilang itu, B Saravanan, 27.
Menurutnya, Saravanan melaporkan membantu seorang wanita yang diragut dengan melanggar motosikal dinaiki dua penjenayah terbabit sebelum dia sendiri disamun pada 3 Julai lalu.
“Dalam kejadian itu, penjenayah meninggalkan motosikal mereka kerana rosak dilanggar kereta Saravanan, namun sempat menyamun rantai emas milik mangsa sebelum melarikan diri.
“Mangsa kemudian membuat laporan di sebuah balai polis sebelum dimaklumkan motosikal yang ditinggalkan penjenayah terbabit milik anggota polis berdasarkan pemeriksaan pada nombor casisnya,” katanya.
Katanya, kes berkenaan kemudian tersebar di laman sosial dengan dakwaan kononnya polis sendiri yang melakukan jenayah menyebabkan orang ramai mempersoalkan integriti pihak berkuasa itu.
“Dalam sesi kawad cam dijalankan beberapa hari selepas kejadian, Saravanan mengenal pasti dua anggota polis adalah penjenayah sama yang menyamunnya dan meragut seorang wanita lain.
“Namun, polis masih perlu mendapatkan keterangan daripada saksi lain dan mendapatkan bukti kukuh sebelum menuduh dua anggota berkenaan yang berpangkat konstabel terbabit dalam jenayah berkenaan,” katanya.
Arjunaidi berkata, siasatan mendapati motosikal itu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu milik peribadi seorang anggota polis yang bertugas di luar Selangor, namun dia sudah menjual kenderaan itu kepada individu lain tanpa menukar nama hak milik.
“Manakala mangsa wanita yang cuba dibantu Saravanan tidak tampil membuat laporan polis selepas diragut dan ini menyulitkan siasatan kerana identiti wanita itu tidak diketahui.
“Apapun, polis serius menyiasat kes ini dan tidak pernah membuat kerja sambil lewa. Jika benar anggota polis terbabit dalam kes ini kami akan mengambil tindakan tegas dan membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment