ONEXOX
BannerFans.com

KJ bongih kek FAM pasal isu padang stadium Bukit Jalil

on Sunday, August 11, 2013

RAMAI yang tanya tentang keputusan FC Barcelona untuk minta perlawanan mereka menentang pasukan kebangsaan dipindah dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ke Stadium Shah Alam disebabkan kualiti padang yang tidak memuaskan.

Perkara ini sudah pasti memalukan reputasi negara dan menimbulkan kesulitan pada penyokong-penykong yang telah membeli tiket.

Untuk makluman semua, saya telah melawat SNBJ pada bulan pertama saya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Saya sendiri melihat keadaan padang yang agak teruk.



Saya juga telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia untuk menutup SNBJ pada bulan Oktober selepas perlawanan akhir Piala Malaysia selama enam bulan untuk membolehkan kerja-kerja meletakkan padang baru dibuat sebab padang lama sudah tidak boleh diselamatkan.

Keputusan saya mendapat liputan luas dalam media arus perdana dan media sosial.

Saya tidak minta SNBJ ditutup lebih awal disebabkan beberapa acara yang telahpun penganjurnya membuat segala persiapan untuk diadakan di SNBJ termasuk beberapa konsert.

FAM juga kekal dengan keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di SNBJ.





Perlawanan antara FC Barcelona dan pasukan kebangsaan adalah usaha sama antara FAM dan pihak agen yang menganjurkan tour FC Barcelona ke Malaysia.

Mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan termasuk pilihan padang.

Pihak penganjur bagi tour Chelsea FC contohnya telah memilih Stadium Shah Alam, bukan SNBJ untuk perlawanan Chelsea menentang pasukan kebangsaan baru-baru ini.

Dalam kes FC Barcelona, keputusan awal untuk mengadakan perlawanan mereka di SNBJ dibuat oleh pihak penganjur dan FAM.

Jadi di sini saya selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas SNBJ sekali lagi memberi penjelasan bahawa saya juga tidak puas hati dengan padang SNBJ dan saya telah bertindak untuk mengarahkan SNBJ ditutup pada bulan Oktober supaya padangnya dapat diganti.

Keputusan untuk mengguna SNBJ dengan keadaan padang yang sedia ada adalah keputusan pihak penganjur yang sepatutnya sudah tahu tentang keadaan padang dan juga keputusan saya bahawa padang hanya akan diganti pada bulan Oktober nanti.

Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia telahpun bermesyuarat beberapa minggu lepas untuk menentukan prosedur tender untuk padang baru.

Walau apapun, saya bersimpati dengan ribuan penyokong yang terpaksa mengubah perancangan mereka malam ini.

Saya harap mereka masih lagi dapat menyaksikan perlawanan yang hebat.

Majulah sukan untuk negara dan majulah padang baru SNBJ bermula Oktober.

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved