ONEXOX
BannerFans.com

Macam Lagu Bangau Oh Bangau. Pekerja Kaunter Tiket Punca Nahas Bas Genting?

on Sunday, August 25, 2013

KUALA LUMPUR – Salah seorang pekerja kaunter tiket didakwa telah mengarahkan pemandu bas yang terlibat dalam nahas ngeri di Genting Highland baru-baru ini meneruskan perjalanan ke Hentian Bas di sini walaupun mengetahui terdapat kerosakan pada bahagian brek.

Bekas pemandu bas syarikat tersebut, Phoon Yun Fatt, 56 tahun berkata, insiden kemalangan sebegini tidak sewajarnya menjadi tanggungjawab pemandu bas semata-mata kerana kebiasaannya pekerja di kaunter tiket tetap menerima penumpang walaupun telah diberitahu mengenai kerosakan bas.



“Saya dulu kerja di sana, kaunter tiket salah kerana tetap terima penumpang lagi dan arah bertolak walaupun tahu bas rosak.

“Punca nahas dipercayai berpunca dari saluran brek angin bas tersebut telah mengalami kebocoran dan sepatutnya bas tersebut diselenggara dan tidak diarahkan untuk bergerak,” katanya kepada Rakyatnews di Hentian Bas Pekeliling di sini, hari ini.

Sementara itu, pekerja kaunter tiket bagi syarikat bas Genting, Hamidah, 46 berkata, pemandu bas itu dilaporkan baru sahaja berkhidmat selama 2 bulan.

Beliau juga pernah menerima aduan dari para penumpang  mengenai sikap pemandu tersebut yang gemar memandu dalam keadaan laju.



“Dia baru 2 bulan berkhidmat untuk syarikat dan tidak menunjukkan sebarang sikap yang teruk sepanjang 2 bulan berkhidmat.

“Tapi kita ada terima aduan dari penumpang yang dia memang suka bawa bas dengan laju mungkin kerana sebelum ini beliau memandu bas ekspress,”katanya.



Bagi seorang pemandu bas Shuttle, Mohd Zuhri berpendapat, syarikat bas terbabit sepatutnya kerap membuat pemeriksaan terhadap bas bagi mengatasi masalah yang mungkin berlaku memandangkan bas tersebut sering melakukan perjalanan jauh.

Ditanya berhubung faktor jalan raya di Genting Highland menjadi punca nahas ngeri itu, Zuhri merasakan pemandu bas perlu bersikap lebih berhati-hati kerana mengetahui jalan berselekoh di situ memang mengundang bahaya jika pemandu tidak fokus dalam pemanduan.





“Bas ni perlu kerap dilakukan pemeriksaan bagi mengesan sebarang kegagalan mekanikal kerana bas tersebut melakukan perjalanan jauh, naik dan turun bukit.

“Jalan di sana memang bahaya memandangkan banyak selekoh tetapi pemandu bas sepatutnya perlu lebih berhati-hati dan tidak memandu secara melulu walaupun perlu mengejar jadual perjalanan,” ujarnya.

Pada Rabu lalu. sebuah bas yang membawa 53 penumpang dari Pusat Peranginan Genting Highland terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di KM 3.5 Jalan Genting Highland-Kuala Lumpur mengakibatkan 37 orang termasuk pemandu maut dan 16 orang cedera parah.

Bangkai bas tersebut telah dibawa naik jumaat lalu dan pemeriksaan oleh beberapa agensi keselamatan dan penguatkuasaan antaranya  Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia(PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(PUSPAKOM), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Kimia Malaysia di lokasi nahas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved