ONEXOX
BannerFans.com

Pasar tani khas di pasar Paroi Isnin ini

on Saturday, August 3, 2013

SEREMBAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan akan mengadakan Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri @ Mantai Aidilfitri di Pasar Komuniti dan Karavan Paroi, Km 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah pada Isnin ini.
   
Pengarahnya A. Rahman Suleiman berkata orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan seperti daging, ayam dan sayuran pada harga istimewa di pasar tani yang akan bermula pukul 2 petang itu.

"Daging lembu ditawarkan pada harga RM20 sekilogram sehingga stok masih ada, manakala ikan pelaling, cencaru dan sardin diberi potongan harga RM1 sekilogram.



Daging ayam standard pula dijual pada harga RM7 sekilogram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Selain itu, beliau berkata ikan keli pula dijual pada harga RM4.50 sekilo berbanding harga biasa antara RM6 dan RM7, manakala ikan tilapia merah pada harga RM6.50 sekilo (harga pasaran RM7.50) dan ikan baung RM12 sekilo (harga RM14).





"Sayur cili merah, tomato tanah tinggi, kobis bulat tanah tinggi dan timun akan dijual 15 peratus hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa," katanya.

Menurut A. Rahman selain barangan basah, pelbagai keperluan lain turut dijual di pasar tani itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved