ONEXOX
BannerFans.com

Pemandu maut apabila keretanya bertembung lori di jalan lurus Ulu Bendol, Kuala Pilah

on Saturday, August 10, 2013

SEREMBAN 10 Ogos - Seorang pemandu maut selepas keretanya bertembung dengan sebuah lori di KM 4, Jalan Siliau-Rantau dekat sini, pagi ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kemalangan pada kira-kira pukul 9.05 pagi itu, pemandu, R. Rames, 34, sedang dalam perjalanan dari Siliau apabila keretanya Toyota LE dipercayai hilang kawalan, lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.



Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa dari Taman Sri Intan, Siliau yang tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.





Sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang yang pergi ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaannya. Pemandu dan kelindan lori berkenaan bagaimanapun terselamat. Pemandu lori kemudian membuat laporan di Balai Polis Rantau.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

nie apo cito nie....cito lain gmabar kuar lain...


August 10, 2013 at 9:15 AM
Anonymous said...

Kalau dah ajal, di mana pun tetap di ambil...


August 11, 2013 at 4:40 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved