Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
“Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan,” katanya.
Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas.
“Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam,” katanya.
Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma.
Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment