Namun bagi pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, dia akhirnya terpaksa menerima hakikat diceraikan suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, namun apa yang menyedihkan, perceraian itu terjadi dalam bulan puasa, tinggal empat hari saja sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, baru-baru ini.
“Nampaknya semuanya sudah berakhir selepas terlalu lama saya menderita. Terus terang saya sebenarnya tidak harapkan rumah tangga kami mampu diselamatkan lagi.
“Namun saya tidak terkejut apabila Aidil ceraikan saya menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas). Ini kerana ketika dia keluar rumah dulu pun, itu juga perkara yang tidak sepatutnya dibuat seorang suami yang beriman dan bertanggungjawab,” katanya kepada RAP.
Rita berkata, tindakan Aidil melafazkan cerai terhadapnya melalui pesanan di telefon tempoh hari adalah satu tindakan ‘kotor’.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Muhasabah diri adalah jalan terbaik dari menyalahkan pihak lain. UJIAN bermaksud Allah masih mengingati kita. Pintu TAUBAT masih terbuka samada buat isteri mahu pun suami.
August 15, 2013 at 7:19 PM
tulah..lain kali jgn kahwin dgn budak2..memang tak serius...
August 16, 2013 at 3:23 AM
Post a Comment