Hanya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga selama sembilan bulan, kemudian Rita melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka termasuklah kes makhamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya.
“Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.
“Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,” katanya.
Namun semuanya seakan berakhir apabila pada 27 Ramadan lalu Aidil dikatakan sudah menceraikan Rita menerusi satu kiriman pesanan ringkas SMS. Bagaimanapun timbul isu panas apabila Rita dikatakan menuduh Aidil serta keluarga mertuanya sebagai cetek ilmu agama gara-gara tindakan Aidil yang yang menceraikkannya pada penghujung Ramadan, di saat umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan malam Lailatul Qadar.
Rita berkata, kini dia tidak lagi kisah jika masyarakat memandang serong setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, termasuk ‘menuduh’ bekas ibu serta bapa mentuanya sebagai cetek ilmu agama.
Malah teraju utama drama Sehangat Asmara itu turut menyangkal dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sebaliknya mendedahkan dia pernah dihalau oleh kakak Aidil tanpa belas kasihan.
“Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.
"Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.
"Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda", kata Rita.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Sabar byk2 rita....jodoh ajal maut ditangan allah...setiap kejadian pasti akan ada hikmahnya....hilangnya seorang suami bukanlah penghabisan hidup! mana tahu allah nak gantikan seorg suami yang lebih baik, lebih bertanggungjawab, lebih memahami ilmu ugama utk membimbing rita.....saya sendiri 12 tahun menjanda...tup2 allah temukan dengan seorg anak teruna yang lebih baik, lebih bertanggungjawab, lebih penyayang dari bekas suami dahulu....syukur alhamdullillah....tuhan kekalkan jodoh saya dgn nya hingga kini....
August 24, 2013 at 6:44 AM
cukup cukuplah dgn komen2 tu Rita, makin dibuka semua kisah tu, semakin nampak kelemahan diri sendiri. walau siapa pun yg salah ingatlah Allah nampak dan tau segala galanya. Tau lah Dia nak memberi pembalasan yg setimpal. Kalau tak didunia, diakhirat tetap dibalas. Jadilah org yg redha dengan ketentuanNya...
August 24, 2013 at 5:29 PM
Post a Comment