Malah pengarah drama What If ini menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menempelaknya dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional, terlalu emosi dan bersikap 'terlebih' sensitif.
"Pada saya ianya mudah. Kalau kita fikir positif, positif lah. Tapi kalau kita fikir negatif, jadi negatif lah ia. Bila isu ni timbul saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib. Saya siap suruh pihak itu rujuk wikipedia.
"Saya dilahirkan Islam, jadi tak masuk akal kalau saya pakai salib. Lain lah kalau saya tak perasan atau terpakai. Tapi dalam hal ini, saya memang pakai loket tu dan nak kongsikan gambar pada para peminat saya. Loket tu adalah lambang pengangkap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama", katanya kepada Malaysian Digest tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Pun begitu menurut Jehan, dia pada mulanya membalas kritikan pihak tersebut menerusi laman Facebooknya dengan tujuan cuba untuk membetulkan salah faham pihak terbabit. Tetapi apabila pihak pengkritik berkenaan dan peminatnya dilihat mula bergaduh disebabkan perbezaan pendapat tentang gambar itu, Jehan semakin bingung dan terus berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya.
Inilah gambar yang dimuatkan Jehan di Instagramnya yang mencetuskan 'isu panas'.Inilah gambar yang dimuatkan Jehan di Instagramnya yang mencetuskan 'isu panas'.
Malah disebabkan tidak mahu laman sosial Facebook menjadi medan perang, kata Jehan, dia terpaksa 'menyembunyikan' beberapa kritikan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau.
"Mula-mula saya jawab komen tersebut sebab nak betulkan salah faham. Saya tak marah pihak tersebut. Tapi bila saya reply, ada lagi yang mengatakan loket tu memang lambang salib dan masa tu ada juga peminat yang menyokong saya. Jadi kali kedua, saya reply lagi untuk beri penjelasan. Saya ingatkan semuanya dah selesai tapi lain pula jadinya apabila peminat saya dan pengkritik tersebut mula bergaduh. Kali ketiga, saya dah malas nak layan dah... lantak lah nak jadi apa pun.
"Sampaikan saya terpaksa hide beberapa komen yang sangat pedas bagi mengelakkan peminat saya terus bergaduh dengan pihak berkenaan. Saya tak nak Facebook saya jadi tempat bergaduh. Padahal selama ni facebook saya berkongsi perkara-perkara yang menggembirakan.
"Cuma apa yang saya sedih, kenapa ada pihak yang sensitif sangat...? Bagi saya pihak yang mengkritik tu, emo. Kenapa mereka cepat melenting dan tak rasional. Kalau mereka rasional, mesti ianya ada perbincangan dan hujah.
"Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas. Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?", katanya dengan panjang lebar.
Jehan juga memberitahu, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo memandangkan dia merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut. Dan tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 11 comments... read them below or add one }
bersyukur la Jehan org sensitif dekat ko..fikir2lah..boleh nampak jelas bentuk tu ..yahudi nie mmg bnyk cara nak lalaikan umat Islam...budu ka apa Jehan nie..opss..artis mana ada yg bijak kan..kalo bijak takkan jadi artispunnnn....
August 24, 2013 at 5:07 AM
Apa apa pun orang lelaki haram pakai rantai atau apa apa barang perhiasan yang dipakai oleh oleh perempuan..sila rujuk ustaz.
August 24, 2013 at 5:40 AM
lantak dia lah nak pakai apa pun....lelaki mmg x boleh pakai emas...EMAS! bukan rantai...ssb emas dan sutera itu merupakan perhiasan wanita....HARAM!! x pula disebut lelaki x boleh pakai rantai....so kalau cam tu...lelaki jg x bolehlah pakai cincin....ssb cincin tu perhiasan wanita....! lain kali kalau nak tegur org...belek diri sendiri dulu adakah kamu sempurna 100%..belajar hukum hakam dulu ya....
August 24, 2013 at 6:20 AM
jangan menghina org!! tak semua artis bodoh...sebahagian dari mereka mempunyai kelulusan tinggi berbanding org kat luar tu....cakap x serupa bikin....awak tu bijak ke? berkelulusan apa? mungkin PHD saja kot (Perasaan Hasad Dengki).....
August 24, 2013 at 6:26 AM
berdalih laggi...ini lambang pengakap (ada bulan sabit dibawah) https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTtWpMyy2a7NIxar8vV1KQ00eVZvaFkTV4y4oNbyAeWESilulcd
August 24, 2013 at 7:11 AM
Pakai cinin sunnah nabi.. Bnyak nabi2 Allah memakai cincin.. Seperti nabi Sulaiman sendiri pon memakai cincin melambangkan dia Raja Sulaiman.. Xde pulak dalam hadis atau Al Quran membenarkan lelaki memakai rantai.. Saudara seislam ku, jgn menokok nambah hukum hakam sendiri..
August 24, 2013 at 7:25 AM
anjing pakai rantai sebab garang...manusia atau Orang beragama Islam pakai rantai utk apa hehe garang keee...mai msuk askar regular klu garang piiirahhh ini samseng taik kucing (Pendekar mustar cakap)
August 24, 2013 at 10:26 AM
Kurangnya ilmu agama boleh membawa kepada kufur dan syirik kepada agama. Jadi sekiranya kita mengaku kita beragama Islam dan menjadi umat Muhammad S.A.W, maka kita mesti dan wajib sensitif walaupun perkara itu kecil sebesar zarah.
August 24, 2013 at 8:48 PM
hak dia nak pakai apa....biarlah! Kalau dia x faham ttg hak @ kebenaran agama, dia rujuk lah kpd pakar agama...Kita x payah MELATAH....
August 24, 2013 at 11:58 PM
Hello... Emas kah tu???.... Haiya apa dah jadi pada org2 M'sia, terlalu sensitive, ckap aje merdeka tapi otak masih blum merdeka!... Hanya kerana isu2 kecil atau remeh-temeh m'sia dah ketinggalan 100 langkah di belakang. negara2 yg miskin dr kita dah mula melangkah jauh ke depan...... Don't worry Jehan, sia sokong kamu. Kamu tak bersalah. Org buta hati tu yg buta akal!
August 29, 2013 at 2:09 AM
bukan sensitip. cuma takde keje je. & kurang berakal.
August 30, 2013 at 1:39 AM
Post a Comment