Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad berkata, pengurasan yang telah dilakukan Sains itu seiring dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang mencatat 6.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.
''Menerusi pertumbuhan ekonomi yang baik, maka banyak kawasan baharu termasuk kediaman yang memerlukan air terawat diagihkan ke lokasi berkenaan.
''Untuk rancangan jangka panjang, beberapa loji sedang dan akan dibina agar kawasan yang mempunyai pertumbuhan kediaman baharu seperti di Seremban 2 dan Nilai tidak mengalami masalah gangguan air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan imbuhan Aidilfitri kepada kakitangan Sains di Seremban 2 dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, Sains juga telah melakukan pengurusan mengurangkan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) - pembaziran air tanpa sebab dengan baik apabila merekodkan 36.5 peratus sehingga 31 Jun lalu berbanding 52 peratus.
''Mengikut statistik, Sains dapat mencapai matlamat mengurangkan NRW yang mana masalah ini berpunca daripada meter lama dan paip pecah.
''Rekod dilakukan Sains kini hampir kepada sasaran yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) menjelang 2020, NRW perlu diturunkan sehingga 35 peratus," ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, bekalan air terawat menerusi projek pembinaan Empangan Triang dan Loji Rawatan Air (LRA) Ngoi Ngoi dekat sini berjalan mengikut jadual dan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.
'''Melalui projek ini, kita akan mampu menghasilkan 60 juta gelen air terawat sehari, sekali gus menampung kekurangan lima juta gelen air terawat untuk penduduk daerah ini, pada masa sama, kita akan mempunyai akses lebihan 55 juta gelen air sehari," katanya.
Ditanya tentang rancangan untuk menjual air kepada kerajaan Selangor, Mohamad menjelaskan, beliau masih mempertimbangkan cadangan tersebut.
''Buat masa ini kita memang kekurangan lima juta gelen air sehari, tetapi apabila loji rawatan di Sungai Ngoi-Ngoi siap sepenuhnya awal tahun depan, kita akan mempunyai lebihan 25 juta gelen air untuk dijual kepada Selangor," katanya.
Pada majlis berkenaan, Mohamad menyampaikan imbuhan Aidilfitri kepada 1,002 kakitangan Sains yang hadiri Pengurus Besarnya, Zulkifli Ibrahim.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment