ONEXOX
BannerFans.com

Takkan Saya Nak Pakai Baju Kelawar?

on Friday, August 30, 2013

Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.

Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.

Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.





Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

"Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu.





"Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", tuturnya kepada Malaysian Digest secara berseloroh.

Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai  respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.
Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang.

Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

takde cermin ke kat studio? guna kain metallic drp pinggang ke bawah mmg la nmpk abis bentuk punggung. bila dah kuar gambar ni lah akibatnya. tak dapek nak di betulkan lai.


August 30, 2013 at 5:59 AM
Eddlee Ismail said...

Orang-orang beriman berperang ke jalan Allah,dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut. Maka oleh itu,perangilah kawan-kawansyaitanitukerana tipu daya syaaitan itu adalah lemah

An-Nisa'76


August 30, 2013 at 6:21 AM
Syafinaz said...

Saya bukan peminat Fida Ibrahim, tapi terpanggil utk menegur sbg saudara seagama.

Inilah yg dikatakan hadis Nabi sbg umat akhir zaman, berpakaian tetapi telanjang. Adakah engkau tidak sedar wahai Fida Ibrahim?

Gambar di sebalik tabir.. Adakah perempuan atau mata2 muhrimmu saja yg melihat? Nak tunjukkan hasil.. Adakah kpd satu dunia engkau hendak tunjukkan setiap liuk lentuk tubuhmu? Apakah bezanya engkau dgn perempuan murahan yg memperagakan tubuh badannya utk tatapan umum?? Sedarlah wahai Fida Ibrahim..

Berhentilah drpd terus-terusan melakukan perbuatan yg menghina umat Islam ini.. Berhentilah drpd terus memberi alasan atas setiap perbuatanmu yg salah..

Bertaubatlah..sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun dan Maha Penyayang..


August 30, 2013 at 6:38 PM
Anonymous said...

Ekau nak jawab camtu ke bilo allah tanyo nanti fida bangng oiiii


September 1, 2013 at 8:11 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved