ONEXOX
BannerFans.com

Yazid Search Masuk Hospital, Kecewa Tiada Ahli Kumpulan Search Datang Melawat

on Thursday, August 15, 2013

Pemain drum kumpulan Search, Yazid yang kini menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 11 Ogos lalu dan sedang menantikan penderma buah pinggang yang sesuai.

“Dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Sekarang ni saya kena menjalani rawatan dan sedang menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. Kalau ada, saya mungkin akan segera jalani pembedahan”



Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Yazid luahkan perasaan kecewa beliau kerana tiada seorang pun ahli kumpulan Search yang datang melawatnya sejak di’masukkan ke hospital.

“Ketika saya bertenaga, khidmat saya diperlukan tetapi apabila sakit, saya seperti dibuang ke tepi longkang,” luah hati Yazid yang turut berkata keadaan’nya ketika ini semakin kronik.





“Ketika masuk ke hospital, saya ada menghubungi mereka memaklumkan keadaan saya, tetapi masing-masing menyatakan mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti. Masalah peribadi mereka tiada kesudahan”

Yazid juga menyatakan yang beliau tidak berkesempatan bertemu dengan anggota Search sejak Ramadan lalu kerana tahap kesihatannya yang memerlukan beliau untuk banyak berehat di rumah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

jdkan tauladan, teman gmbira snang dicari teman menangis susah dicari


August 15, 2013 at 4:27 AM
Anonymous said...

smga abg yazid tabah ...buat anggota Search yg lain luang2kanlah masa demi seorg sahabat yg pnh lalui ssh sng bersana....


August 15, 2013 at 4:39 AM
Anonymous said...

baru kau tau siapa kawan time susah


August 15, 2013 at 9:51 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved