ONEXOX
BannerFans.com

Air terjun Jeram Toi lalui proses pembersihan

on Wednesday, September 4, 2013

JELEBU 4 Sept. - Kawasan rekreasi air terjun Jeram Toi dekat sini telah melalui proses pembersihan yang dilakukan secara bersama oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) baru-baru ini.

Pembersihan itu dilakukan sebagai langkah mengekalkan keindahannya bagi terus menjadi kawasan tumpuan pelancong, sejajar dengan agenda Tahun Melawat Malaysia tidak lama lagi.

Pengarah PPSPPA, Mohd. Azhar Abd. Hamid berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya memastikan semua kawasan rekreasi, tumpuan pelancong dan umum dibersihkan supaya negeri ini juga menjadi pilihan terbaik pelancong untuk dilawati pada waktu ini dan pada masa hadapan.



''Kita mahu kawasan perkelahan dan rekreasi seperti di Jeram Toi berada dalam keadaan bersih, terjaga serta bebas daripada sampah sarap yang bertaburan.

''Persiapan ini adalah sebahagian projek pengindahan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 kelak," tegasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.





Program pembersihan itu katanya, melibatkan beberapa pekerja SWM di samping penyediaan kenderaan pengangkut.

''Kenderaan yang diguna pakai ini adalah untuk mengangkut sejumlah besar sampah sarap yang dikutip dan dibersihkan, termasuklah sisa makanan, botol plastik, tin minuman dan sebagainya," ujarnya.

Tegasnya, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan kawasan yang telah dibersihkan itu berada pada tahap terbaik.

''Pengunjung dinasihat supaya lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah merata tempat. Buanglah di tempat yang telah disediakan dengan tong sampah," katanya.

Tambah Mohd. Azhar, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-7472 untuk sama-sama menjayakan kempen kebersihan itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved