Menurut Khalid, beliau percaya pemimpin Komunis itu akan lebih gembira jika dikebumikan di Thailand.
“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Chin Peng, yang juga bekas Setiausaha Agung PKM meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. - 16 September, 2013.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment