Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata debat secara terbuka tidak perlu kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk membahaskan mengenai perkara itu.
"Isu ini kita boleh bawa dan bahas dalam Parlimen, itu tempat terbaik untuk kita bahaskan.
"Tak perlu kita bawa ke luar (Parlimen). Kalau kita bawa (debat) di luar ia terikat dengan masa. Kita nak bahas secara mendalam," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno, di sini, Rabu.
Khairy berkata demikian sebagai mengulas pelawaan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan untuk berdebat dengan beliau mengenai pengurangan subsidi petrol dan diesel kerajaan yang diumumkan Ahad lalu.
Menurut Khairy, beliau bersetuju berdebat dengan Rafizi sebelum ini kerana pada waktu itu beliau belum bergelar ahli Parlimen.
"Dulu saya setuju debat dengan dia di luar Parlimen sebab dia belum jadi ahli Parlimen.
"Sekarang dia sudah jadi ahli Parlimen, dia sepatutnya tahu Dewan Rakyat adalah pentas debat utama politik negara kita," katanya.
Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini pernah berdebat dengan Rafizi mengenai isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Dalam sidang media yang sama, Khairy turut membuat beberapa ketetapan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Katanya, terdapat beberapa isu yang tidak boleh dirunding oleh sayap parti itu dalam pelaksanaan TPPA, seperti pendedahan syarikat milik kerajaan, ekonomi bumiputera serta perolehan kerajaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment