28 Ogos:
Kereta yang dipakai dan baru berusia sehari telah pun rosak di bahagian 'compartment box' di sebelah penumpang tempat duduk hadapan. Compartment box tersebut tersekat (jammed) dan tidak boleh dibuka. Pada mulanya saya fikir terdapat satu 'safety button' untuk membukanya, tetapi setelah menelefon salesman yang menjual kereta itu kepada saya (wakil jualan dari Azitin Auto Sdn. Bhd.), beliau hanya mengarahkan saya untuk merujuk masalah itu kepada pusat servis yang terdekat. Pada hari yang sama, saya membawa kereta itu ke Pusat Servis Proton (High Power Auto Sdn. Bhd.) di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan mekanik di situ cuba menyelesaikan masalah saya. Tetapi gagal, masalah yang sama tetap berlaku.
30 Ogos:
Saya dapati terdapat kerosakan pada brek tangan, apabila kereta sudah diparkir, brek ditarik, tetapi brek tidak 'lock', 'handle' nya jatuh secara tiba-tiba dan kereta menggelongsor ke depan. Mujurlah saya berada di situ dan sempat menahannya dengan tangan dan saya juga bernasib baik kereta tidak diparkir di tempat yang curam. Kereta saya hampir melanggar sebuah kereta yang diparkir di hadapan, dan kalau tidak bernasib baik, saya juga mungkin digilis hidup-hidup.
2 September:
Sekali lagi saya merujuk ke pusat servis yang sama untuk menyelesaikan masalah saya. Mekanik di situ cuba membaiki handle pada brek tersebut. Setelah hampir sejam, pembaikan selesai. Apa yang mengejutkan saya, sejurus selesai menyiapkannya, mekanik tersebut memberitahu yang kerja-kerja dilakukan tidak mempunyai jaminan keselamatan dan tidak tahu selama mana ia akan bertahan. Beliau menyuruh saya merujuk masalah kereta saya ke ibu pejabat Proton di Glennmarie. Memandangkan tiada kenderaan ganti untuk saya, saya cadangkan kepada mereka untuk membuat temu janji dahulu sebelum saya ke sana.
Pada hari yang sama juga, saya telah buat aduan di Facebook Proton Holdings Berhad mengenai masalah yang saya hadapi, tetapi keesokan harinya baru mereka membalas.
3 September:
Wakil Facebook Proton Holdings Berhad mengatakan, masalah saya sudah dirujuk dan seorang wakil dari Proton We Care akan menghubungi saya untuk menilai permasalahan yang dihadapi. Tetapi, tiada wakil Proton We Care yang menghubungi saya pada hari tersebut.
4 September:
Lebih kurang jam 10.15 pagi, seorang wakil dari Proton We Care bernama Arif telah menghubungi saya. Cadangan beliau untuk saya merujuk kereta saya ke pusat servis yang lain amat mengecewakan. Saya hanya bercakap dengan beliau yang saya hendakkan 'full refund' kalau begitulah tahap cadangan oleh Proton untuk menyelesaikan masalah saya. Setelah digasak bertalu-talu, beliau akhirnya mengatakan yang masalah kereta saya perlu dirujuk kepada 'specialist', dan meminta saya menunggu untuk dihubungi, tetapi seperti yang saya duga, tiada siapa dari pihak Proton yang menghubungi saya pada hari tersebut.
Pada hari itu juga saya mendapati terdapat kerosakan baru di bahagian gear kereta di mana gear satu dan gear 'reverse' susah untuk masuk.
Saya amat kecewa dengan kualiti produk oleh Proton walaupun pada hemat saya sebelum ini kualiti Proton telah dinaik taraf, tetapi sebenarnya ia masih lagi di takuk lama. Saya rasa sangat tertipu dengan pembelian yang telah dibuat. Proton seolah olah membekalkan 'kereta rosak' dan berisiko tinggi kepada pengguna dan hak mereka juga nampaknya tidak terbela.
Dalam kes saya, saya kira saya amat bernasib baik, kerana setakat ini, kerosakan yang dialami oleh kereta saya tidak membabitkan kemalangan jiwa. Tetapi kerosakan brek tangan ini adalah kerosakan yang major sebab ada 'safety issue' dan boleh membahayakan diri saya sebagai pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Saya juga tidak dapat bayangkan, kalau kereta itu menggelongsor ketika saya tiada didalamnya, ia mungkin akan menyebabkan kecelakaan yang lebih buruk.
Saya berkira untuk mendapatkan kereta yang baru memandangkan ini bukan soal yang remeh, malah melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya. Saya bercadang untuk meminta Proton membuat 'buy-back' kereta saya dan digantikan dengan yang baru, atau Proton boleh mengambil semula kereta saya dan memberikan 'full refund'. Jika kedua-duanya enggan dipersetujui oleh Proton, maka saya akan cuba dengan jalan undang-undang supaya dapat saya justifikasikan yang Proton telah 'menyamun' saya.
Saya harap masalah saya ini diambil kira dengan kadar segera memandangkan saya sedang memandu kereta yang amat 'berisiko' walaupun usianya BARU SEMINGGU
Jika anda ingin membantu atau memberikan cadangan boleh hubungi beliau disini facebook beliau----> Lan Halamy
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 7 comments... read them below or add one }
Dulu saya beli proton wira aeroback, seminggu pakai, piston ring bikin problem, minyak leaking. Beli kete baru tapi kete standard kete second hand.
September 8, 2013 at 7:00 PM
masaalah tentang produk proton ni sejak proton mula lahir lagi,pegawai pegawai yg ditugaskan diproton ambil lah iktibar tentang rungutan yg berjuta ini,kalau nak kan industri kita diyakini dan disikong,kalau tak,,,berhenti saja,,,maaf cakap,sebab tu saya sejak awal lagi tak yaking dengan proton ni,,maaf ya,,,biar saya bayar lebih untuk kereta buatan negara lain,,,
September 8, 2013 at 7:26 PM
proton masih yg terbaik, saya pakai exora premium dah 4 tahun terbaik dgn harga yang berpatutan, kerosakan boleh di selesai kan di pusat servic proton yg berkelayan,,bukan di media masa yg tak pasti kebenaran nya atau memburukan kereta nasional,saya masih bangga dengan kereta keluaran proton terbaru suprima, saya juga ingin memiliki nya nanti, saya pernah pakai proton saga ,wira,satria,iswara, semua ok, masalah kecil tu semua keta ada,,,(tak suka memburukan kereta nasional dan tak bangga dengan kereta import)
September 8, 2013 at 10:18 PM
padan muka we care...selalu asyik nk kondem org je...sekarang salah sendiri ape mau cakap
September 8, 2013 at 10:40 PM
Proton!! tunjuk lah lu punya senggaaattttt!!! maaa!!
September 9, 2013 at 3:19 AM
sebelum ni saya guna waja. tapi baru setahun guna macam-macam masalah timbul, sensor la, oil pump la, power window. dah banyak kali kena towing. Yang saya kesal, tengah bawak kereta, enjin boleh mati serta merta. kalau hari bekerja biasa ok la, bengkel banyak bukak tapi kalau cuti umum dan hari raya, proton pun tutup. Dekat kawasan kubur pun, kereta saya pernah buat hal. Bila hantar ke pusat servis proton, mereka selalu cakap masalah saya ni masalah biasa gabi proton enjin campro. sakit hati dengar ayat tu. Sebulan saya kena spend duit hampir seribu.
September 9, 2013 at 4:51 PM
sy penah pakai proton waja 7 tahun ok tak penah ade masalah..
dh jual pun sbb nk pakai honda pulak.. jual pun harge tinggi juga.. boleh la.. not so bad..
tp mungkin Encik ni nasib dia tak baik dpt kete baru yang rosak..
proton pun please la step up.. refund ke, repair ke..
bukan senang nk kuar duit sedebuk beli kete.. kete ibarat nyawa kot skrg ni..
September 9, 2013 at 5:50 PM
Post a Comment