ONEXOX
BannerFans.com

Mahu Lebih Serius, Akim Mula Kongsi Perihal Agama Islam Dengan Stacy

on Wednesday, September 11, 2013

Baru-baru ini tersebar hangat di ruang internet mengatakan penyanyi Stacy telah memeluk agama Islam. Namun sehingga kini tiada pengesahan daripada tuan punya badan.

Sementelah bertemu Akim Ahmad sewaktu di majlis pelancaran klip video Soo Wincci berjudul Musim Asmara, semalam, MD bertanyakan akan desas-desus berita tersebut, memandangkan jejaka berusia 22 tahun ini seperti ramai sedia maklum sangat intim dengan Stacy, 23 - walaupun mereka menafikan bercinta.



"Saya ada juga terdengar tentang tu. Sebenarnya, saya terkejut juga bila dia pakaikan Bella (anak angkat Stacy) tudung. Kalau dia ada keinginan begitu (peluk Islam) bagus lah.





"Stacy sebenarnya ada juga bertanya-tanya pada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Mana yang saya tahu, saya kongsikan dengannya. Bab-bab agama ni sensitif, masing-masing ada kepercayaan. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Saya kongsi apa yang saya tahu", katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai perkembangan hubungan mereka, Akim memberitahu dia memang mengharapkan hubungan rapat yang telah terjalin sejak lima tahun itu akan melangkah ke tahap yang lebih serius. Tambahan kedua-dua keluarga sangat menyenangi hubungan mereka.

"Kami kawan rapat. Mungkin kalau ada rezeki hubungan kami ni boleh pergi ke tahap yang lebih serius.

"Tapi buat masa ini saya tak fikir untuk nak tamatkan zaman bujang lagi. Perjalanan saya dalam industri ni masih panjang. Saya sedar saya masih teraba-raba lagi dalam industri ni, jadi soal kerjaya yang saya perlu utamakan dulu", katanya sambil tersenyum.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved