Justeru, anggota Parlimen kawasan itu Gooi Hsiao Leung berkata, operasi untuk meroboh tempat binatang terbuang itu yang dijadual hari ini ditangguhkan.
"Saya baru lepas bermesyuarat dengan majlis bandaraya hari ini dan mereka memutuskan untuk memanjangkannya ke tarikh lain pada Disember.
"Mereka akan kirimkan surat rasmi kepada kita secepat mungkin," kata Gooi kepada Malaysiakini.
"Sekurang-kurangnya ia akan berikan sedikit masa untuk kita cari tanah lain untuk binatang-binatang itu. Kami berterima kasih kepada pihak yang sertai kempen selamatkan haiwan ini."
Sabtu lalu, Gooi dan dua NGO mengadakan sidang media bersama Azmi dan isterinya bagi mendesak pihak majlis menyelamatkan nyawa 700 anjing dan 100 kucing dalam jagaan mereka.
NGO terlibat, Persatuan Kebajikan Haiwan Rakyat Malaysia dan Save Our Strays (SOS) Pulau Pinang.
Mereka menganjurkan petisyen bagi menyelamatkan haiwan itu di Facebook, yang sekarang sudah digemari kira-kira 2,000 orang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment