ONEXOX
BannerFans.com

Motivasi Jang meningkat. Pantai Timur semua bertingkek-tingkek bawah Jang!

on Wednesday, September 4, 2013

KEJAYAAN menumbangkan Kelantan 3-2 pada perlawanan keempat Sabtu lalu, meningkatkan motivasi pemain Negeri Sembilan untuk mengharungi baki dua perlawanan Piala Malaysia selepas ini.

Keyakinan itu semakin memuncak terutama selepas anak buah Ridzuan Abu Shah mendahului kedudukan Kumpulan C dengan tujuh mata berbanding Pahang dan Kelantan.

Pemain sayap, Shahurain Abu Samah mengakui rakan sepasukannya kini berada pada prestasi terbaik untuk mara pada saingan musim ini.

Menurutnya, kemenangan itu membuatkan mereka yakin meneruskan rentak cemerlang pada cabaran seterusnya dengan kunjungan ke Stadium Darul Makmur bertemu Pahang, 17 September.



“Alhamdulillah, usaha dan kerjasama yang dipamerkan pemain membuahkan hasil dan kami gembira dengan prestasi ini. Pemain juga semakin berkobar-kobar untuk berdepan dua lagi baki perlawanan akan datang.





"Dan saya yakin, sekiranya komitmen sama ditunjukkan pemain, Insya-Allah kita berjaya ke suku akhir," katanya.

Meskipun berpuas hati dengan prestasi pemain, Shahurain yang sinonim dengan panggilan ‘Kecik’ tetap mengingatkan semua pemain agar tidak terus dibuai  kejayaan dicapai mereka.

Sebaliknya, beliau berharap pemain meneruskan momentum sama bagi memastikan rentak kemenangan dikekalkan.

“Saya tidak mahu pemain selesa dan yakin boleh menang kerana pemain perlu ingat, fokus itu penting dan semangat perlu ditanam dalam diri mereka.

Pemain perlu bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan ke atas Pahang,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved