ONEXOX
BannerFans.com

Petrol naik tak jejas harga KFC

on Monday, September 9, 2013

KENAIKAN harga bahan api bukan satu faktor untuk restoran makanan segera KFC Malaysia (KFC) menaikkan harga produk mereka.

Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan francais KFC di negara ini berkata, KFC yakin masih mampu mengekalkan harga berpatutan dan nilai yang terbaik kepada pengguna di sebalik penarikan subsidi petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.



"Kami yakin jika kerajaan dapat pastikan harga barang lain tidak naik, kami boleh kekalkan harga sedia ada.





"KFC juga akan menumpu kepada menguruskan kos dengan berkesan melalui program transformasi kumpulan QSR Brands dengan meningkatkan jualan dan menguruskan kakitangan dengan lebih baik", katanya selepas pelancaran produk terbaru KFC HotBox, semalam.

Ahmad Zaki berkata, KFC tidak merancang mengurangkan jumlah cawangan untuk mengurangkan kos operasi sebaliknya akan mengurangkan kos di setiap cawangan seperti kos pengubahsuaian restoran.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved