Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.
Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan.
Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.
"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
ckap kat nenek ni, pala hotak ang.. da ganyut pon xreti nak pkai elok2
September 18, 2013 at 12:29 AM
Ramai perempuan muda perut gelebeh sbb suka pakai baju kurung super size.
September 18, 2013 at 12:38 AM
first
September 18, 2013 at 12:39 AM
KAT DUNIA NI BOLEH LAH CAKAP CAKAP TU...YANG MANA LEBIH UTAMA DALAM HIDUP KITA NI ADAKAH PENAMPILAN YANG UTAMA ATAU HUKUM ALLAH ITU YANG UTAMA ? RENUNGX KAN LAH WAHAI CHE ROZITA SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH JADILAH MUSLIMAH YANG SEBENAR
September 18, 2013 at 3:17 AM
Post a Comment