Menteri berkenaan Datuk Hasan Malek berkata, keadaan ini jelas membuktikan bahawa pengurangan subsidi bahan api itu yang diumum kerajaan sejak Selasa lalu tidak memberi implikasi besar terhadap kos operasi peniaga.
"Sehingga hari ini, aduan yang kita terima tidak banyak contohnya kalau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita cuma terima tiga sahaja aduan mengenai kenaikan harga barang.
"Itu pun kita sudah hantar pegawai kita untuk memberi notis tunjuk sebab kepada mereka dan jika peniaga ini didapati sengaja menaikkan harga, mereka boleh dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri dan perasmian bangunan pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada kementerian menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barangan atau perkhidmatan ekoran pengumuman kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.
Hasan berkata, pengurangan subsidi bahan api itu yang membawa kepada kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen hanya memberi kesan sekitar 0.1 peratus terhadap kos keseluruhan peniaga.
Justeru beliau berkata, adalah tidak wajar peniaga bertindak menaikkan harga barangan memandangkan kesan kenaikan harga minyak itu terlalu kecil terhadap operasi perniagaan mereka.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peniaga yang kebanyakan tidak menaikkan harga barangan dan memahami hasrat kerajaan yang mengurangkan subsidi ini untuk disalurkan kepada perbelanjaan lain," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya akan sentiasa memantau harga barangan dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai peniaga yang menaikkan harga barangan di kawasan mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment