Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis akan turut dibantu oleh agensi lain iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penyokong pasukan yang menyaksikan perlawanan itu supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak berlakunya sebarang provokasi.
“Jangan bersikap tidak senonoh atau sebagainya yang boleh diambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Kecil.
“Kita menasihatkan mereka supaya tidak membawa bahan larangan seperti mercun atau senjata dan pemeriksaan akan dilakukan di 11 pintu masuk di stadium berkenaan,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment