ONEXOX
BannerFans.com

Kemenangan KJ dan Shahrizat dilihat TRANFORMASI UMNO? Muka lama dilantik semula, recycle.

on Sunday, October 13, 2013

SHAH ALAM –  DAP mendakwa keputusan pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno semalam tidak mencerminkan tranformasi sebenar dalam pucuk pimpinan sayap parti itu kerana ia tidak mewakili suara majoriti ahli di peringkat akar umbi.

Pengarah Pendidikan Politiknya, Liew Chin Tong mendakwa, hanya perwakilan yang dilantik dibenarkan mengundi bagi menentukan pemimpin di peringkat bahagian dan pusat sekali gus pelaksanaan sistem “Electoral College’ yang diuar-uarkan Umno tidak menepati kriterianya.



“Dalam pemilihan Umno, ia sebenarnya bukan pilihan raya atau pemilihan oleh semua ahli tetapi oleh sesiapa yang memenangi bahagaian sahaja.

“Cara itu memang memihak kepada penyandang jawatan dan inilah keputusannya di mana penyandang jawatan dapat meneruskan jawatan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan pemilihan Pergerakan Wanita Umno semalam yang menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, 60, mendapat mandat baru untuk mengetuai Wanita Umno untuk penggal kedua.





Shahrizat turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepong.

Penyandang Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut dilantik semula dan mengekalkan jawatannya dalam parti sekaligus memperlihatkan parti perikatan itu masih mengekalkan muka lama dalam pentadbiran parti dan negara.

Khairy, 37, yang juga Menteri Belia dan Sukan, yang menyandang kerusi itu sejak penggal lalu, seperti dijangka, mendapat laluan mudah apabila mendahului empat pencabarnya sejak awal proses penjumlahan undi berlangsung petang semalam.

Bagi Puteri Umno pula, pergerakan itu mendapat ketua baru, apabila Mas Ermieyati Samsudin hanya menerima sedikit tentangan dalam pertandingan satu lawan satu dengan Jamilah Hanim Othman.

Mas Ermieyati, 37, yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, juga mengekalkan jawatan selaku Ketua Puteri Masjid Tanah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved