ONEXOX
BannerFans.com

Sekali Lafaz, Raja Azmi & Eddie Ghazali Kini Selamat Bergelar Suami Isteri

on Sunday, October 13, 2013

Nampaknya, setelah melalui pelbagai kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman selamat diijab kabul dengan pasangan, Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya tepat 9.18 malam tadi.

Pasangan ini sepakat mengikat tali pertunangan pada bulan Ramadhan yang lalu, 15 Julai 2013 setelah saling mengenali antara mereka awal tahun ini.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Raja Azmi mahupun suaminya itu.



Sebelum ini Raja Azmi pernah mendirikan rumahtangga bersama Jailani Sidek dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dianugerahkan 3 orang anak.





Pengantin perempuan mengenakan busana bewarna krim rekaan Variante. Manakala pakaian pengantin lelaki bewarna maroon dari Kose Serani.

Pasangan ini telah diijab kabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim.

Majlis ini dihadiri kira-kira 800 tetamu.

Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin RM300 dan gelang tangan emas putih.

Berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan. Tahniah buat pasangan pengantin baru ini semoga kekal selamanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved