ONEXOX
BannerFans.com

Kontroversi Pelajar AF 2013 Kena Ugut Bunuh Tersebar

on Monday, October 14, 2013

Kontroversi pelajar AF 2013 kena ugut bunuh telah tersebar. Baru-baru ini agak kecoh dibeberapa laman forum dan blog mengenai isu siapa sebenar pelajar AF 2013 yang telah diugut bunuh. Berita ini turut diumumkan secara siaran langsung oleh pengacara AF Zizan Razak pada malam Konsert AF 13 Oktober 2013 tanpa menyatakan nama pelajar tersebut. Produksi AF juga telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan mendakwa salah seorang pelajar dari program realiti rancangan tersebut telah diugut bunuh. Laporan polis itu dibuat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku disamping boleh menjejaskan emosi dan prestasi pelajar yang diugut. Setakat ini, nama salah seorang pelajar AF 2013 yang diugut bunuh tidak akan didedahkan memandangkan kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.



Perbincangan Dilaman Forum

Menerusi perbincangan di beberapa forum tempatan, ramai yang masih mempersoalkan siapa sebenar pelajar AF yang diugut bunuh tersebut. Tiada bukti yang kukuh berhubung dakwaan tersebut memandangkan ianya masih menjadi teka teki. Namun, ada juga segelintir pihak mendakwa ianya adalah gimik pihak Astro untuk membuat rancangan realiti Akademi Fantasia lebih gempak.







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved