ONEXOX
BannerFans.com

Punca Kes Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin Di Kedah

on Tuesday, October 1, 2013

Punca sebenar kes maut keracunan makanan kenduri kahwin di Kedah. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Terkini, seramai empat orang disahkan maut akibat keracunan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.



Senarai Terkini Nama Maut Keracunan Makanan

1. Nurshazana Mohd. Rashid (24)

2.  Mohd Nor Rahmat Yusof (11)

3. Ibrahim Mohamad (62)

4. Wan Razali Wan Yaacob, 56

Punca Kes Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin Di Kedah

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.





Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik. Keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela.

Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Blog Resepi Shafiqah said...

Al fatihah buat mangsa dan takziah buat keluarga mangsa. Mungkin lain kali kita perlu lebih berhati2 dalam penyediaan masakan serta taste dulu sblm makan coz ayam busuk sebenarnya kita boleh bau walaupun sudah dimasak serta rasanya so, berhati2 sewaktu makan.


October 1, 2013 at 7:45 PM
kakrose said...

al fatihah buat semua mangsa.dan salam takziah buat ahli keluarga. sebelum makan kena lah preksa dulu keadaan makanan yg kita nak makan tak kira lah ayam atau apapun..


October 1, 2013 at 8:45 PM
Anonymous said...

betul tu.. sebaiknya bila tau ayam tu dah busuk, baik asing semua je terus. untuk elakkan perkara macam ni laa.. tapi xboleh jugak nak salahkan sesiapa dalam hal ni.. ape pun, takziah untuk ahli keluarga tersebut..


October 23, 2013 at 9:44 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved