ONEXOX
BannerFans.com

Amy Search Sahkan Diri Muflis

on Wednesday, November 20, 2013

Setelah lama berdiam mengenai isu dirinya didakwa muflis, akhirnya lagenda Rock tanah air, Amy Search mengesahkan status tersebut benar seperti yang di dakwa, kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun vokalis kumpulan Search ini mendakwa dirinya dianiaya oleh sahabatnya sendiri gara-gara memberi kepercayaan penuh kepada individu tersebut.

Meskipun begitu, Amy yang ditemui pada sidang media Konsert Destini berkata beliau telah memaafkan individu berkenaan.

"Saya dianiaya oleh sahabat saya yang juga berasal dari Johor sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. Tapi saya dah maafkan dia", katanya ketika ditemui di Hotel Bluewave Shah Alam, petang semalam.



Sebelum ini Amy dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert Jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Dalam pada itu, ditanya mengenai beberapa kenyataan yang dimuat naik laman sosial Facebooknya semalam, Amy berkata kenyataan tersebut adalah pendedahannya sedikit demi sedikit mengenai isu tersebut.





"Apa yang anda baca di Facebook itu adalah luahan perasaan dan pendedahan saya sikit demi sikit mengenai hal itu. Saya pendam perkara ni dah lama.

"Tapi saya rasa dah tiba masa peminat-peminat saya harus tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ni tiada siapa pun yang tahu cerita sebenar. Malah kawan-kawan band saya pun tak pernah tahu tentang perkara ini", ujarnya lagi.

Amy turut mengakui buat masa ini lebih selesa untuk membuat penjelasan terlebih dahulu menerusi Facebook dan selepas itu barulah beliau akan berbincang dengan peguamnya samada mahu mengambil tindakan seterusnya terhadap individu tersebut atau tidak.

Menganggap ianya satu dugaan daripada Allah namun dia tidak berasa kecewa kerana dia masih boleh menajlani hidup seperti biasa. Bahkan figura berusia 55 tahun itu bersyukur kerana walaupun diistiharkan muflis, tidak sedikit menjejaskan karier seninya. Beliau masih boleh bekerja dan menerima banyak undangan membuat persembahan.

"Saya cool saja. Saya anggap ini dugaan tapi bukanlah dugaan yang besar, dulu saya pernah lalui dugaan yang lebih dasyat. Tapi saya bersyukur sebab Allah masih kurniakan saya kesihatan yang baik dan saya masih lagi boleh mencari rezeki untuk keluarga. Saya percaya Allah akan beri jalan pada saya dan perkara ini akan selesai juga nanti", katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved