ONEXOX
BannerFans.com

Pelanggan Berang Ajak Boikot Cut Above Di FB

on Wednesday, November 20, 2013

Seorang pelanggan salun rambut terkenal di negara ini, A Cut Above tidak bepuas hati dengan hasil akhir lalu meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan wewujudkan laman “Boycott A Cut Above” di Facebook.

Menurut Tanya H. Fernandez dalam pos pertama di laman berkenaan 15 November lalu, dia datang ke salun berkenaan dengan rambut  tebal, panjang dan sihat. Namun lima jam kemudian rambutnya bertukar menjadi kering, kasar dan kusut sedangkan dia telah mengeluarkan belanja sebanyak RM600.

Menurut Tanya, pendandan rambut dan pengurus salun mengaku rambutnya telah rosak namun tidak pasti apakah penyebab utama.

Penyelesaian yang disarankan padanya adalah mendapatkan rawatan kondisioner dan Keratin Brazilian setiap tiga bulan hingga rambut baru tumbuh semula.



Tanya yang berasa kesal dengan kejadian ini meminta wangnya dipulangkan semula manakala rambutnya yang rosak diberikan rawatan secara percuma.

Apabila pekerja salun gagal mendapatkan tindakbalas daripada pemilik salun iaitu Datin Winnie Loo, Tanya berkeras menunggu di salun hingga masalahnya diselesaikan.

Akhirnya Tanya dapat bercakap dengan anak Winnie iaitu Richard Teo namun dia diberitahu, tiada pulangan wang dapat diberikan setiap kali pelanggan tidak berpuas hati kerana jika itu dilakukan setiap kali, bisnesnya boleh bangkrap.

Jawapan ini menyakitkan hati Tanya lalu tercetuslah page ”Boycott A Cut Above” yang mencatat 811 Likes sehingga hari ini (Rabu).



Laman yang diwujudkan oleh Tanya rupa-rupanya menangkap perhatian pihak A Cut Above. Salun itu kemudiannya menerangkan kejadian yang berlaku dianggap bermula daripada kesilapan Tanya apabila mengabaikan nasihat pendandan rambut mereka.

Namun cerita belum berakhir. Tanya kemudiannya memuatnaik pula pos di Facebook  ’print screen’ daripada anak Winnie, Hazel Teo yang menghantar pesanan kasar kepadanya.

Tanya turut memuatnaik respon yang dirasakannya berlagak apabila dia diingatkan supaya tidak lupa pemilik A Cut Above, Richard Teo dan Winnie mempunyai gelaran Datuk dan Datin pada pangkal namanya.

Dia juga menyertakan ‘print screen’ dirinya dikata oleh Winnie dan anak beranaknya di laman Facebook lain.



Keadaan tambah panas apabila anak perempuan Winnie, Hazel sekali lagi menghantar pesanan biadap kepada Tanya lalu dia berkongsikan status ini di laman Facebook.



Ternyata, inilah silap paling besar dilakukan oleh pihak Winnie. Bahasa yang digunakan ini membuatkan ramai pihak mengutuk seterusnya menyokong Tanya.

Bagaimanapun susulan itu, Winnie Loo menjernihkan keadaan apabila meninggalkan jawapan di laman Facebook yang diwujudkan Tanya bahawa dia sendiri tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Hazel.





Winnie menyatakan dia tidak dapat melihat secara jelas isu yang berlaku pada Tanya kerana dia berada di luar negara sebelumnya.

Justeru, dia mempelawa untuk menyelesaikan permasalah dihadapi.

Diharapkan, inilah pengakhiran kemelut antara Tanya dan Cut Above. Masalah ini mungkin tidak berpanjangan jika kedua-dua pihak menggunakan cara diplomasi dan profesional sejak mula untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved