ONEXOX
BannerFans.com

Dua rakan nyaris maut lori hompap Myvi

on Sunday, November 17, 2013

KUALA PILAH – Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada dua rakan apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dihempap sebuah lori tangki di kemalangan kilometer 23.5, semalam.

Bagaimanapun kedua-dua hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut.

Kejadian yang berlaku jam 1 tengah hari itu turut melibatkan dua kenderaan lain iaitu kereta jenis Proton Waja dan Toyota Avanza.



Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kejadian itu berlaku selepas sebuah lori tangki yang dipandu laju hilang kawalan semasa melalui selekoh tajam berhampiran Kampung Sawah Liat, Terachi.

Menurutnya, setibanya di selekoh tersebut, lori tangki yang datang dari arah Kuala Pilah ke Seremban hilang kawalan sebelum terbalik.





"Lori itu merempuh Toyota Avanza dan mengheret kereta terbabit. Kemudian menghempap Myvi yang berada di antara Avanza dan Waja dari arah Seremban ke Kuala Pilah.

“Pemandu dan penumpang Myvi itu terselamat kerana betul-betul berada di tengah antara bahagian belakang dan kepala lori terbabit,” katanya.

Pemandu Avanza, Norazizah Bahar, 47, berkata, dia sekeluarga dari Kuala Lumpur menuju ke Juasseh.

“Namun setibanya di jalan itu, saya lihat lori itu datang ke arah kereta  saya secara melulu. Saya tidak sempat mengelak.

“Bila saya lihat cermin belakang, saya nampak kereta Perodua Myvi pula dihempap lori itu,” katanya.

Sementara itu, pemandu kereta Proton Waja, Sharizan Abu Azam, 31, berkata, dia yang melihat lori dalam keadaan senget sempat mengelak ke arah kiri bahu jalan.

“Mujur saya sempat mengelak, jika tidak saya dan keluarga turut dihempap lori itu.

“Bagaimanapun, bahagian belakang kereta saya turut mengalami kerosakan kecil,” katanya yang bersyukur dia sekeluarga terselamat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved