Kami tidak menjerit atau panik kerana keadaan malam minggu ramai orang datang dan sedang menjamu selera. Suami panggil staff pizza untuk datang melihat apa yang ada dalam pinggan salad dan staff tersebut terus memanggil ketua beliau.Seorang staff wanita datang mohon maaf atas kecuaian pihak mereka. Alasan yang diberikan sayur datang dari ladang dalam kuantiti yang banyak mungkin proses pembersihan tidak dijalankan dengan betul.
Kami sempat menulis dalam buku aduan mereka dan membayar semua menu yang kami makan kecuali fresh salad. Ini kali pertama suami order salad dan mungkin kali terakhir untuk kami makan pizza hut. Cukuplah sekali terkena dan ia amat menjijikan. Saya harap aduan ini dapat beri pengajaran pada pihak terlibat dan kejadian sama tidak berulang lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Patut pi website dia, pastu tulis official complaint
November 29, 2013 at 3:42 AM
Post a Comment