Pengarah JKJR negeri Sanusi Abdul Rahman berkata KUSOMAK akan berperanan memberi sokongan moral kepada mangsa atau waris, bagi memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.
"Keputusan untuk menubuhkan kumpulan ini adalah disebabkan kurangnya kumpulan sokongan yang membantu mangsa atau waris kemalangan jalan raya di negara ini," katanya kepada pemberita selepas wawancara JKJR negeri bersama warga media mengenai KUSOMAK, di sini hari ini.
Katanya KUSOMAK akan dilaksana dalam bentuk perbincangan kumpulan dan disertai oleh pakar motivasi.
Kumpulan ini juga akan membantu JKJR mendapat maklum balas daripada mangsa kemalangan untuk penambahbaikan kempen advokasi keselamatan jalan rayanya, kata Sanusi.
"Maklum balas itu akan diteliti dan mungkin akan dicadangkan kepada jabatan atau agensi berkaitan untuk dilaksanakan dengan mengambil kira amalan terbaik yang dilaksanakan negara-negara maju," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment