ONEXOX
BannerFans.com

Negeri Sembilan kekal kedua terbaik UPSR

on Saturday, November 16, 2013

SEREMBAN 14 Nov. - Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan kedua terbaik di peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini selepas menyaksikan peningkatan dalam kualiti pencapaiannya di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Kalsom Khalid berkata, perkara itu berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) bagi sekolah rendah di negeri ini iaitu 2.13 mata yang berkurangan berbanding 2.14 mata tahun lalu sekali gus menyaksikan peningkatan kualiti pencapaian tersebut.

Pencapaian tersebut menjadikan negeri ini terus cemerlang dari segi prestasinya dengan menduduki tempat kedua bersama Melaka di peringkat kebangsaan di belakang Putrajaya.



Menurut Kalsom, sebanyak 2,058 atau 11.7 peratus calon UPSR di negeri ini mencapai status cemerlang berbanding 2,197 orang tahun lalu.

"Ini menunjukkan peningkatan dari peratusan calon yang memperoleh 5A dan 7A.





"Calon yang mendapat 4A 1B atau 6A 1B juga meningkat kepada 9.5 peratus berbanding 9.2 peratus pada tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar di Balai Gadang, Jabatan Pendidikan negeri di sini hari ini.

Menurutnya, prestasi pelajar luar bandar juga menunjukkan peningkatan yang baik apabila seramai 1,056 calon memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 1,002 calon mendapat keputusan sama di bandar.

"Pencapaian keseluruhan calon luar bandar semakin baik dan ini dibuktikan melalui nilai jurang perbezaan GPN yang semakin kecil antara luar bandar dan bandar yang menurun kepada 0.12 mata pada tahun ini berbanding 0.18 mata nilai GPN tahun lalu," katanya.

Sementara itu di Kuala Pilah, pasangan kembar, Siti Nadhrah Hisham dan Siti Nadhirah Hisham ada sebab untuk bergembira.

Hal ini kerana anak kepada seorang kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad, Tanjong Ipoh itu berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR hari ini.

Siti Nadhrah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pilah berkata, mereka hanya menyasarkan untuk memperoleh keputusan 4A.

''Kami tidak sangka berjaya memperoleh keputusan cemerlang ini dan berterima kasih kepada ahli keluarga dan semua guru yang banyak membantu kami," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved