ONEXOX
BannerFans.com

NGO OKU kesal dengan kenyataan Perkasa memperkecilkan Orang Kurang Upaya

on Saturday, November 30, 2013

Kami merujuk suatu laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk "PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB". Kami amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa sebagaimana dilaporkan.

Adalah ditegaskan kenyataan sebagaimana di bawah boleh memberi konotasi negative kepada individu-individu OKU yang sememangnya mempunyai potensi dan keperluan tersendiri.



"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Sebagaimana dilaporkan, adalah dipercayai riaksi di atas dibuat berkaitan dengan Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, negeri Selangor Darul Ihsan.

Kami menyeru kepada semua pihak agar tidak lagi menjadikan kecacatan atau keadaan fizikal seseorang OKU sebagai kenyataan bagi menyindir mana-mana pihak untuk melepas geram atau rasa tidak puashati.

Pertamanya, kenyataan sebagai menyindir sedemikian begitu sekali mengguris hati OKU dan kedua ibu bapa mereka yang begitu susah payah membesarkan anak-anak OKU dengan pelbagai ujian dan mehnah.





Keduanya, kenyataan sedemikian yang kadangkala melampau mendatangkan tanggapan negative kepada masyarakat bahawa OKU dengan kecacatannya teramat daif dan naïf untuk hidup seperti insan biasa bahkan seolah-olah tidak mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara .

Ketiga, kenyataan sedemikian menjadikan usaha-usaha mengupayakan OKU dan meningkatkan kesedaran masyarakat kepada potensi dan keperluan OKU menjadi terencat dengan tanggapan awam natijah dari kenyataan yang dibuat.

Harus diinsafi, kami menggerakkan usaha mengupayakan OKU atas prinsip potensi dan keperluan yang didasari dari sumber sahih iaitu AlQuran dan Sunnah.

Dengan tersiarnya kenyataan sinis tersebut dari tokoh-tokoh yang dihormati masyarakat, ia akan mendatangkan tanggapan yang berlawanan masyarakat berbanding apa yang ditekankan oleh Islam yang diterima nilainya secara sejagat.

Justeru, selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami menggesa Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan beliau yang menyentuh OKU sebagaimana disiarkan.

Sekian untuk siaran.

(Mohammad Faizal Che Yusof)
Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved