Norain yang turut cedera ringan akibat terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya berkata, lebih dikesalkan kerana beg yang cuba diragut oleh penjenayah durjana itu tidak mengandungi wang dan barang berharga.
“Dalam beg itu hanya ada tisu, alat solek dan bekas makanan yang dibawa ibu ke tempat kerja di sebuah bank di Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini.
“Malah, jika betul mereka (peragut) mahukan duit, sepatutnya hanya menyuruh saya berhentikan motosikal, bukan cara meragut hingga saya kehilangan orang tersayang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tengku Kursiah, di sini, semalam.
Dia ditemui ketika program ziarah Pemuda UMNO negeri yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin Ridzuan Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah Hassan Datuk Ayop.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment