Gimnasium yang beroperasi setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam ini turut menyediakan pelatih-pelatih yang berkelayakan dan berkaliber untuk lelaki dan perempuan. “Alhamdulillah, rakan kongsi saya juga banyak membantu. Saya menyertainya lebih sebulan yang lalu dan setakat ini ramai juga rakan-rakan artis yang datang ke gimnasium kami. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan,” ujar Nabil.
Itulah langkah yang sepatutnya dilakukan oleh semua artis di Malaysia. Harus ada sesuatu sumber yang akan menyokong kita di kehidupan yang akan datang. Jika di suatu masa nanti bintang sudah mulai malap, tidak nanti terkapai-kapai mahu mencari sumber rezeki yang lain. Tahniah lagi sekali buat Nabil Ahmad.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment