Taman yang mempunyai empat bangunan pameran pelbagai spesies ular sawa di bawah seliaan Jabatan Perhutanan negeri itu kini sedia menerima pengunjung, lebih-lebih lagi sekarang musim cuti persekolahan.
Penyelia Taman Ular Sawa, Mohd. Razi Zainuddin, 27, berkata, antara tarikan yang boleh diperoleh ialah pengunjung berpeluang memegang ular sawa yang telah jinak serta bergambar bersama sebagai tanda kenangan.
"Dalam taman ular ini terdapat 68 ekor ular dari 11 spesies yang diletakkan dalam tiga bangunan untuk dipamerkan manakala sebuah bangunan yang dipanggil arkib pula menempatkan replika ular atau rangka ular sawa untuk bahan rujukan pengunjung.
"Dalam salah satu bangunan itu, terdapat dua ekor ular spesies anaconda kuning dan hijau yang menarik perhatian pengunjung untuk melihatnya dari dekat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohd. Razi, sempena musim cuti persekolahan tahun ini, jumlah pengunjung yang datang melawat ke taman ini meningkat terutama pada hujung minggu, dianggarkan 600 orang berkunjung ke sini.
"Kebanyakan yang datang terdiri daripada pelancong tempatan yang datang ke kawasan rekreasi Ulu Bendul di sini dan pada masa sama melawat ke taman ular ini," katanya.
Seorang pengunjung, Jalani Selamat, 45, dari Felda Palong 2 berkata, kunjungan kali ini adalah yang kedua bagi dia dan keluarganya.
"Sebelum ini saya datang dengan saudara dari Muar, Johor. Kali ini, selain mandi di sungai dekat Ulu Bendul, kami berpeluang melawat tempat ini. Semua ular sawa yang dipamerkan bersaiz besar dan terdapat ular anaconda yang kita tidak dapat lihat di tempat lain," ujarnya.
Lizawati Ngadiran, 30, berkata, dia tidak sangka di taman ular ini banyak spesies ular sawa yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
dulu ado ular anaconda lopeh kek ulu bondol...dh jumpo ko bolum? klu bolum, mgkin dh bosar dio tu agak eh...
November 26, 2013 at 5:12 PM
Post a Comment