Teoh Boon Huang, 46, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan seks dengan anak perempuannya itu di rumah mereka di Taman Cheras Perdana pada pukul 3 pagi, 23 Oktober lalu.
Ketika ditanya berhubung pengakuannya dalam bahasa Mandarin, Teoh dilihat teragak-agak sebelum dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Teoh yang memakai baju-T berwarna kuning air dan berseluar coklat dilihat mendiamkan diri dan merenung ke lantai sepanjang prosiding.
Dia boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah di bawah Seksyen 376B Kanun Kesesakan kerana melakukan sumbang mahram.
Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.
Timbalan Pendakwa Raya, Siaw Chooi Chin meminta mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin.
Peguam Douglas Yee tidak membantah kerana anak guamnya tidak mampu membayar ikat jamin itu.
Hakim Nor Hazani Hamzah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 24 Disember depan untuk sebutan semula kes.
The Star melaporkan pada Khamis lalu bahawa lelaki tersebut didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya di rumah mereka di Kajang apabila isterinya tiada di rumah.
Seorang pak cik, yang mengusahakan kedai gunting rambut, tempat mangsa bekerja, mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah di antara mereka.
Anak perempuannya mengaku melakukan hubungan seks dengan bapanya sejak berusia 18 tahun.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment