Harun direman 7 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Jabatan Agama Islam Pahang, Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik ditembak mati di Indera Mahkota pada 10 November lalu.
Harun bersama Azida dan pemandunya, Nor Hairi Harun, diberkas polis di Bandar Baru Tangkak, Johor 2 hari lalu, kira-kira jam 3.30 petang.
‘Universiti Universal Overhead God’ adalah pengajian mirip sukatan pelajaran di universiti yang ditubuhkan Harun serta mewujudkan beberapa pertubuhan bertujuan mengutip dana.
Harun dikatakan peminat muzik berirama rock. Antara ajaran lain Harun, mendendangakn lagu berirama rock dan terloncat-loncat tatkala azan Maghrib dilaungkan. Lihat rakaman video dipaparkan di Youtube berikut.
Hairan, karut marut begini pun ramai pengikut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment