ONEXOX
BannerFans.com

71 % rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik, lagipun ada BR1M!

on Saturday, December 7, 2013

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa 71 peratus pengguna tidak akan terjejas dengan kenaikan harga tarif elektrik yang diumumkan minggu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan.

"71 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan ini, sebaliknya hanya 30 peratus domestik industri dan komersial sahaja.

"Kita perlu lakukan kenaikan tarif ini kerana jika tidak ia akan menjejaskan keupayaan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat teramai tidak terjejas, " katanya pada sidang media selepas selesai membuat ucapan penggulungan semperna Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.



Mengulas lanjut mengenai rungutan orang ramai yang menyifatkan kenaikan tarif elektrik itu sebagai membebankan berikutan tindakan kerajaan menarik subsidi gula dan petrol.

Najib berkata, kenaikan itu sudah lama tidak dilakukan, apa yang diputus itu memerlukan komitmen kerajaan.





"Kenaikan ini bagi menjamin kewangan negara yang lebih kukuh. Bagaimanapun kami mendengar keluhan rakyat sebab itu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ditambah.

"Kerajaan perlukan kekuatan fiskal dan perkara ini tidak dapat dielak," katanya.

Terdahulu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili mengumumkan tarif elektrik baru yang akan berkuat kuasa Januari 2014 bagi Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan kenaikan itu, sekali gus menjadikan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89 peratus daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap kWj atau 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen

Difahamkan Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved