AirAsia menewaskan syarikat penerbangan lain dalam kategori itu termasuk Air Arabia, Air Berlin, easyJet, JetBlue Airways, Precision Air dan Southwest Airlines.
Pengarah AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar mewakili AirAsia menerima anugerah berprestij itu.
Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pengiktirafan itu secara tidak langsung meletakkan `jenama Malaysia’ di persada dunia.
“Ia menaikkan semangat kami untuk terus mengekalkan AirAsia sebagai sebuah syarikat Malaysia yang bertaraf dunia.
“Menjadi tanggungjawab AirAsia membantu membangunkan industri penerbangan negara dan berharap kerajaan serta rakyat Malaysia memberi sokongan menjadikan visi ini satu kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kamarudin seterusnya memaklumkan, AirAsia pernah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia daripada Skytrax bagi lima tahun berturut-turut bermula 2009.
Jelasnya, AirAsia kini beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina dan telah menerbangkan lebih 202 juta orang dalam tempoh 12 tahun beroperasi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment