ONEXOX
BannerFans.com

Bayi Ditemui Mati, Pelajar Kolej Ditahan

on Wednesday, December 25, 2013

MELAKA TENGAH: Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di luar sebuah rumah di Batang Tiga dekat sini, malam tadi.

Mayat bayi berusia sembilan bulan itu ditemui anggota polis berhampiran tandas rumah terbabit kira-kira jam 10 malam susulan soal siasat ke atas seorang pelajar wanita sebuah kolej universiti di Masjid Tanah di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pelajar berusia 18 tahun berkenaan berada di dalam tandas rumah ibu saudaranya.

"Siasatan awal mendapati, pelajar ini masuk ke dalam tandas rumah itu selama hampir sejam, sebelum perbuatannya dicurigai oleh ibu saudara beliau yang berusia 60 tahun.



"Ibu saudaranya kemudian masuk ke dalam tandas itu lalu menemui banyak kesan darah dan suspek memaklumkan dia menghidap penyakit buasir, sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut kira-kira jam 9 malam," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu baru saja melahirkan bayi, sebelum pihak polis bergegas ke rumah ibu saudaranya untuk mencari mayat bayi terbabit.





"Mayat bayi yang masih bertali pusat ini ditemui di luar rumah berhampiran tandas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Polis percaya ketika melahirkan bayi itu, suspek bertindak membuang anaknya melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas," katanya.

Beliau berkata, pelajar itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka dan polis akan menahannya sejurus keluar daripada hospital itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved