Gurnam Sigh, 26, yang datang dengan berkerusi roda sambil ditemani abang saudaranya ke Hari Lelongan Awam Kenderaan Sita di sini, semalam membeli Modenas Kriss, Yamaha XS dan Suzuki RG yang keseluruhannya berjumlah RM1,140.
Menurutnya, semua motosikal terbabit akan dibaik pulih sebelum dijual kepada orang lain mengikut harga pasaran.
“Ini kali pertama saya menjadi pembida pada hari lelongan kenderaan sita di JPJ dan tujuan saya adalah untuk membeli kenderaan dengan harga lebih rendah dan menjualnya kepada orang lain bagi mendapatkan wang.
“Memang berbaloi beli kenderaan sita kerana harga dijual sangat rendah berbanding harga pasaran dan ia boleh dijadikan perniagaan,” katanya.
Gurnam yang baru mula bekerja di The Mines, Kajang pada Februari lalu kini terpaksa berhenti kerja selepas terlibat dengan kemalangan, Mei lalu.
Dia yang merupakan anak sulung dari tiga beradik kini hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada ibu serta dua adik perempuannya.
“Saya terlibat dalam kemalangan pertama pada lima tahun lalu menyebabkan urat tangan kiri saya putus dan peha patah serta tempurung lutuk retak.
“Kejadian itu menyebabkan saya koma tiga bulan. Selepas semakin pulih, saya mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bahagian teknologi maklumat yang semuanya ditanggung pihak kolej khusus untuk pelajar OKU dan miskin,”katanya.
Hasratnya untuk tidak menyusahkan keluarga selepas tamat pengajian berkecai apabila dia dilanggar pula sebuah kereta ketika berkerusi roda untuk pulang ke rumahnya di Kajang.
Sebelum itu dia berusaha mencari wang untuk menampung kos perubatan dengan mengumpul barang kitar semula dan menjualnya.
Sementara itu, seorang pemandu lori sanggup datang dari Felda Keratong, Pahang semata-mata mahu menyertai hari lelongan berkenaan.
Mohd Othman Palal, 39, membeli 12 buah motosikal lelong pelbagai jenis dengan harga paling mahal iaitu RM1,650.
“Saya beli untuk kegunaan sendiri dan jika ada kawan-kawan yang berminat saya akan jualnya kepada mereka,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment