ONEXOX
BannerFans.com

Insiden 'Banana Boat': MB N.Sembilan Kesal Kurang Penguatkuasaan Aktiviti Pantai

on Wednesday, December 11, 2013

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa kesal terhadap kurangnya penguatkuasaan di pantai popular di Port Dickson berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan dalam satu insiden ketika menaiki 'banana boat'.

Menteri Besar berkata, tiba masanya agensi-agensi berkaitan untuk melakukan tindakan bersama bagi memastikan para pengendali sukan air dan bot mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan.

"Jika agensi penguatkuasaan mendapati adalah sukar untuk hadir di pantai bagi menguatkuasakan undang-undang, mungkin saya perlu melakukannya sendiri.



"Mungkin agensi penguatkuasaan mahu Menteri Besar hadir di tempat-tempat ini untuk menjalankan penguatkuasaan," katanya dengan nada kesal kepada para pemberita.

Mohamad berkata, kanak-kanak itu, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham masih hidup sehingga ke hari ini sekiranya kedua-dua pengendali dan ibu bapanya memberikan perhatian terhadap keselamatan.





Ketika kejadian, mangsa bersama bapanya dan tujuh penumpang lain di atas 'banana boat' apabila pengendali bot itu melakukan 'stunt' menyebabkan semua penumpang jatuh ke laut.

Nur Hannan terpaksa diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut sebelum kembali sedar tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Sejak insiden itu, The Star dihujani dengan banyak panggilan daripada orang ramai mengenai penguatkuasaan yang tidak cekap di kawasan pantai popular di bandar resort itu.

Satu pemeriksaan dengan Jabatan Marin mendedahkan bahawa pegawai-pegawainya hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengusaha bot, manakala lesen untuk jet ski dan aktiviti sukan air di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

MPPD bagaimanapun masih belum memberi maklum balas kepada The Star.

Mohamad berkata, beliau akan mengarahkan agensi-agensi berkaitan untuk membatalkan lesen mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

"Pengendali boleh menawarkan aktiviti sukan air tambahan untuk menambah pendapatan mereka. Tetapi jika mereka akan membahayakan nyawa pelancong, maka kita perlu bertindak," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved