ONEXOX
BannerFans.com

JPJ halang, saman lori bantuan mangsa banjir

on Tuesday, December 10, 2013

Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”

Itu kata penyelaras bantuan mangsa banjir, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?



“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.





Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untuk mangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

“Saya  tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ. Cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan budi bicara langsung dalam membantu mangsa  banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya.

Hamdan Othman
MalaysiaGazette

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 13 comments... read them below or add one }

Nordin said...

Pegawai-pegawai JPJ itu patut diberikan ajaran Islam yang sebenarnya. Jika seseorang itu betul-betul memahami ISLAM dengan sendirinya dia akan menggunakan budibicara dalam segala tindakan.


December 10, 2013 at 3:38 AM
Unknown said...

Jangan nak salahkan JPJ...mereka tu menjalankan tugas yang diamanahkan....undang2 tetap undang2....nak bantu orang pun kenalah ikut undang2 yang ditetapkan...kalau dah semua nak bantu orang lain tapi mengenepikan undang2 macam mana?... keselamatan pengguna jalanraya yang lain pun harus diambil kira cik bedah oiii....


December 10, 2013 at 4:24 AM
Anonymous said...

Sokong.. kalu accident melibatkn pengguna lain camne?? Lebih2 lg melibatkan kehilangan nyawa..


December 10, 2013 at 5:17 AM
Anonymous said...

hotak engkau, kalau kemalangan. yg dah confirm dilanda musibah tu kau tak kira. main kalau2 blh la. kalu mak bapak kau yg hanyut kat banjir tu camne? masa tu kau nak ikut law? taik seketul pun kau campak buat pelampung. bodoh melantun lantun.


December 10, 2013 at 7:09 AM
Anonymous said...

Tak paham ke? Issue kat sini is budibicara. Bagi warning. Keluarkan muatan supaya tak bahaya. Dan, ucaplah selamat kerana membantu mangsa banjir. Bukan terus saman. Itu maksud budibicara....... Membantu sebaikmana yang boleh...... Doa pun sumbangan juga, bagi lepas tak saman, dan sukat bagi tak bahaya pun membantu.........

Standard penguatkuasa Malaysia......... Tu yg bising2 backing JPJ tu tak lain tak bukan same species lerrrrrr.......


December 10, 2013 at 10:26 AM
Unknown said...

Pelik kan... Mcm mana lah nnti klu JPJ di benar kan guna senjata api.. Ni baru pegang saman.. MANA BUDI BICARA?? Nnti dah dapat senjata api, jgn terus tembak tau.


December 10, 2013 at 3:13 PM
Unknown said...

Bla pegawai krjaan buat kerja,kna cerca.bila xbuat kerja btul pun disalahkan.asik ikut budi bicara je,bla dh kemalangan salahkn driver lori pulak.ikut sja la undang2 yg ditetapkan.jlnraya bkn utk die sorg..


December 10, 2013 at 7:55 PM
Anonymous said...

penulis blog ni mmg mcm sial.nk fitnah je kje nyer....hotak kamu saman jpj mcm nih...ko ye pom,simpan bodoh tu sket...jgn tunjuk sgt....


December 10, 2013 at 11:48 PM
Unknown said...

bodoh!!!!! budak 2tn bleh ko tipu!!!


December 11, 2013 at 12:41 AM
Anonymous said...

ini surat palsu....segala urusan rasmi kerajaan termasuk surat2 saman perlu ada letterhead organisasi atau jabatan tersebut....klau macam ni aku pun boleh taip sendiri...


December 11, 2013 at 12:48 AM
Unknown said...

tak tau r kenapa kita ni masih nak salah menyalahkan sesama kita.. pada pendapat saya undang2 tetap undang2.. satu lagi kita tak berada di tempat kejadian dan kita tau ke apa yang jadi masa tu...


December 11, 2013 at 12:50 AM
Anonymous said...

setuju.. kalau tak buat kerja diamanahkan..kata JPJmakan gaji buta la apa bagai.. bila buat kerja kata tak berhati perut..


December 11, 2013 at 1:17 AM
Anonymous said...

polis trafic pun ada budi bicara..mana pergi rasa kasihan terhadap mangsa banjir jpj? bila kena komen ramai yang kata pasal undang2..tapi perlu guna timbangrasa dalam hal macam ni..kalau kita nk kena saman mesti nk minta dilepaskan atau diringankan hukuman,semasa itulah letaknya budibicara..fikir2kanlah..


December 12, 2013 at 6:00 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved