Saya terus bagi signal ke kiri jalan dengan segera. Tanpa fikir panjang terus keluar untuk tukar ke tayar spare. Baru sahaja mahu melonggarkan nat, datang seorang penunggang motorsikal, berbangsa India menawarkan diri untuk servis tukar tayar. Dia kenalkan dirinya sebagai mekanik yang pantas membuat kerja dengan bayaran RM30. Saya tolak secara baik, tetapi tetap didesaknya. Saya meneruskan kerja menukar tayar.
Seketika kemudian, dia membuat panggilan telefon seperti meminta kenalannya datang ke tempat kejadian, dlm masa lima minit datang lagi sebuah motorsikal juga berbangsa India. Dalam bahasa tamil, mereka bercakap-cakap dan orang kedua itu terus mendesak saya. Selepas harga yang ditawarkan RM30 ditolak oleh saya, mereka terus menurunkan harga ke RM20 hinggalah terakhir RM10. Kelihatan muka mereka seperti menahan marah sebab tak bagi mereka servis. Saya tetap teruskan kerja menukar tayar secepat yang boleh.
Selepas mereka nampak kerja menukar tayar hampir selesai, mereka menunggang motorsikal masing-masing meninggalkan tempat kejadian..
Kesimpulan:
1- Saya yakin ini merupakan gerak kerja(sabotaj) secara terancang.
2- Secara teori, mana-mana tayar yang tekena besi sepanjang itu, pasti akan ada kecelakaan. Paling kurang tayar pecah, & paling teruk terbabas. Mereka pasti mengambil kesempatan dalam keadaan sebegitu.
3- Kepada pemandu terutama wanita, jika keadaan ini berlaku sila berhati-hati. Jika tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menukar tayar sendiri & rasa takut, jangan keluar kenderaan, hubungi kenalan terdekat atau peronda, dan tunggu sehingga mereka datang.
# Alhamdulillah, saya dikurniakan badan yang sihat & sedikit besar daripada mereka berdua, lagipun semua peralatan saya letak berdekatan dengan saya ketika melakukan kerja tukar tayar. Mungkin sebab itulah mereka tidak berani mengambil risiko untuk memudharatkan saya. Segala mungkin!
* Gambar sebenar keadaan tayar belakang kereta selepas kejadian itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Harap encik dapat buat laporan syak kepada polis segera. Pihak PLUS mungkin wajar pasang kamera sembunyi di atas jejambat/flyover selain rondaan yg terbatas jangkauannya.
December 10, 2013 at 7:32 AM
Nasibaik waktu siang klo mlm takutt..mengigil sumpah!
December 10, 2013 at 3:44 PM
Post a Comment