Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk.
“Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.
Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.
“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.
“Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.
“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang.
Sementara itu, Pengarah Verterinar negeri Dr Azman Shah Abd Manaf berkata, pihaknya akan meninjau biri-biri berkenaan dalam tempoh terdekat ini sebelum memberikan ulasan lanjut.
“Berkemungkinan ia terjadi (bertanduk empat) akibat faktor genetik,” katanya ketika dihubungi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment