Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat apabila penjenayah terbabit dikatakan ternampak kelibat dua anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan menyebabkan mereka melarikan diri sehingga salah seorang daripada mereka tertinggal selipar.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah seorang suspek juga sempat memohon maaf kepada suami mangsa kerana menyamun, sebelum mengheret isteri mangsa ke belakang rumah selepas selesai melakukan kerja menyamun.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, pihaknya percaya kejadian dilakukan oleh empat penjenayah bertopeng dipercayai warga asing.
Menurutnya, suspek bertindak mengumpil pintu jeriji di bahagian belakang rumah mangsa, sebelum bertindak mengacukan parang ke leher mangsa yang ketika itu berada di dalam rumah berkenaan bersama tujuh lagi ahli keluarga yang lain.
"Suspek membawa lima mangsa ke ruang tamu dan mengikat mereka menggunakan kain, sementara suami mangsa berusia 39 tahun bersama salah seorang anak perempuan berusia 10 tahun diikat pada bilik belakang sebelum menutup seluruh badan mangsa dengan kain.
“Malah suspek turut bertindak mengacukan parang ke leher isteri mangsa berusia 31 tahun sebelum mengarahkannya menunjukkan barang berharga. Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengugut untuk merogol isteri mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Hamzah berkata, salah seorang daripada penjenayah berkenaan tercicir selipar yang dipakainya di rumah mangsa, sekali gus memudahkan pihak polis menjejaki suspek menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K-9) hasil bantuan Polis Bantuan Felda.
“Kita percaya suspek masih berada di kawasan berhampiran,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa ketika ditemui wartawan berkata, selepas dia diheret kira-kira 50 meter, suspek masih mengugut untuk merogol dan menyembelih dirinya.
“Namun, tindakan suspek terhenti apabila ternampak dua anggota polis sedang membuat rondaan di lokasi berhampiran.
“Suspek meninggalkan saya dengan keadaan tangan terikat, tetapi saya berjaya menyelamatkan diri sekitar jam 4.40 pagi.
Suami kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, kira-kira 10 pagi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment