ONEXOX
BannerFans.com

Kes Skandal Adi Putra: Pegawai Polis Didakwa Berat Sebelah

on Friday, December 13, 2013

KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib – wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.

Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan di bahagian tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.

“Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.





Hadir sama peguam mereka Muhamad Hasif Hassan.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau ‘no further action (NFA)’.

Sehubungan itu Adi mmendakwa dengan gugurnya kes berkenaan, ia membuktikan dia tidak bersalah.

Pada September lalu Adi didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.





Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Bio betul pompuan ni pkai bju camtu..nmpk alur gajah


December 13, 2013 at 4:30 AM
Anonymous said...

Tak lawa mana pun, tak senonoh lak tu pakai baju camtu


December 13, 2013 at 11:04 PM
Anonymous said...

Kalau compare dgn bini dia mmg sure lagi lawa skandal dia ni.. kalau bagi kat aku pon tergugat iman aku wei..haha.. gay lain la..


December 18, 2013 at 4:01 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved